BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My photo
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, kecuali dengan pertolongan ALLAH

Friday, June 10, 2011

MEREKA....... =)

  
بسم الله الرحمن الرحيم
 Ana mulakan dengan kalimah suci ini... AsSalamualaikum..semua sahabat2 ...kaifhal?
moga sentiasa dalam limpahan berkahNYA..amin,..
Alhamdulillah..Dia hadiahkan sekali lagi nafas utk kita menikmati nikmat hidup dalam iman pada hari ini... :)  sebelum tu, mari sama2 kita memujiNYA

SUBHANALLAH...


ALHAMDULILLAH...


ALLAH HU AKHBAR....




^_^ ....insya'Allah dengan mengingatinya hati akn lebih tenang... =) erm... usang sudah blog ana ni .. lama rasanya tak berkongsi rasa di sini... ^_^ ... alhmdulillah diberi jga kekuatan utk berkongsi sesuatu di sini.. 


berbalik kepada topik entry kali ni... apa agaknya yg ingin ana kongsikan ya? hehe...sabar2...nak cerita la ni.. =P ....sebenarnya..semenjak kebelakangan ni..brbagai ujian yg datang..biasalah langit x selalunya cerah kan.. :) bila sedih2 ni..ana cuba hilangkn kesedihan dengan memikirkan kenangan2 manis bersama mereka2 yg pernah membahagiakn hidup ini... SUBHANALLAH... syukur dengan nikmat yg Allah kurniakn... =') bak kata salah seorang guru ana.. "dalam bala ada manis, dalam manis ada bala" ... ^_^  ok2...mari2 dengan rasa bahagiannya..ana akan kenalkan MY LOVES kepada kamu2 semua.. =)



ha..nampak x?? ni lah cinta hatiku.. kalau tanpa mereka ..xkan ada ana di dunia ini..x terhitung pengorbanan yg mereka lakukan utk ana..entah mampu atau tak untuk membalas jasa mereka...YA Allah..semoga Allah sentiasa mengrahmati kedua ibubapa ku ini..AMIN YA ROBB... =)


ini..kakak ana yg sulng..seorng yang penyayang ..dan sgt mengambil berat pasal adk2 nya... SYG KAMU =) ...moga kakak menjadi isteri yg solehah dan seorang ibu yg tabah...AMIN

 Satu2 nya adk yg ana ada..dia yg bongsu.. seorng yg kelakar dan mudah menolong ana jka ana perlukn bantuan .. ermm.. ana rindu sgt pda adk ana ni..skrang  dia berada jauh dri ana.. ='( semoga, Allah sentiasa memberi kekuatan dan ketabahan kepada mu adk ku... ='(


ni..abg ana yg no 3.. agak kelakar org ny... ana selalu kongsi cerita dgn dia.. trm kasih ya abg ku..kerana sudi mendegar luahan prasan adk mu ini.. =D ...semoga dirimu sentiasa di dalam perlindungan NYA..


gambar keluarga ana.. ^_^ agak ramai kan.. mai sini ana kenal kn...hehe..yg hujung sekali..pakai baju wana ungu tu..abg ana yg 1st...abg ana yg ni..seorng yg jujur, jga baik hati.. :) ...yg sebelah dia pula..abg ana yg no 2... manis orgnya.. b'perwatakan tegas ..tp klu dia marah pn..dia still boleh senyum..huhu.. =) ..yg sebelh dia tu..abg ana no 3..dah cite dah sal dia kat ats td..klu xcaya cuba tgok balik.. =P ..sebelah dia tu...ana la..tp gmbar di kaburkan ats dasar keselamatan.. =D ...sebelah ana tu..adk ana yg bongsu.. =) ..barisan hadapan pula...mula dari kanan..ni..abg ipar ana, dia seorang yg suka brcerita, dan banyak bg nasihat pda ana.. :) ..sebelahnya..Mak dan Abah..dan yg terakhir kakak... =) kejab2..nmpk x ada dua mkluk yg brpakaian merah tu??? hehe...dua budak kecik tu..anak akak ana.. =) 

 seterusnya.. ^_^ ana kenalkn kak2 ipar ana..yg sebelah kanan tu.. isteri kepda abg ana yg no 2...sgt rajin orng nya... =) ..yg sebelhnya pula..isteri kepda abg ana yg no 1... seorng akak yg ceria dan baik hati.. =) ...lawa2 kn..pandai x abg2 ana pilih.. =) semoga akak2 ana ini menjadi isteri yg solehah..AMIN.. 


ermm..tiba saat yg dinanti kan.. =)  kenalkan bakal ZAUJ ana dn akn mnjadi sebahagian dari keluarga ana.. jga  pembimbing ana dan ank2 .. insya'Allah... =) (tetiba ja hehe..)


hehe...hnya gambar hiasan...tiba masanya nnti ana akan kenal kn kepada kamu semua ya...doakan ya..semoga dipermudahakn .. ^_-
 
seterusnya..... =)








kenalkn, ini anak2 ana....eh silap2..ank2 saudara ana.. (hehe)....cOmel kan... (like makcik deorng) hehehe..hero2 kat ats ni..semua ank akak..penat jga layan krenah bdk2 ni..cerdik terlebih... =) mereka lah pengubat hati ana .. semoga mereka mnjadi pemuda2 yg hebat seperti Sultan Muhammad Al- Fateh...AMIN..


obsss.... tertingal seorang puteri ni... =)


cute kn..kn..kn.. =) ini puteri kepada abg ana yg no 1... satu2 nya cucu perempuan dlm fmly ana setakat ni... =) ...semoga dia menjadi seorang muslimah yg solehah.. AMIN... =)





Alhamdulillah...selesai sudah... syukran ya..sebab sudi sabar membaca entry ana kali ini...maklumlah tak kenal maka tak cinta kan..so , ana kenalkan lah sebahagian org2 penting dalam hidup ana... =) moga kamu2 semua boleh mengenali ana secara tidak langsung... =D sekian saja.. sebelum tu..mari sama2 kita memujiNYA...



SUBHANALLAH..




ALHAMDULILLAH..




ALLAH HU AKHBAR...




~sekian~ =)

Monday, May 16, 2011

~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~.

..........(¯`v´¯)
...........`•.¸.•´ ~ ♥ 
.........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
......... /█\ ♥/█\

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤

(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri?"
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengikut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

 
(post ini ana copy dari note sahabat ana di fb...semoga post kali ini dapat sama2 kita muhasabah diri kita masing2...ingat lah...masih belum terlambat untuk kita bertaubat..jangan tangguh untuk memohon taubat kepada Allah..kerana kita tidak tahu adakah esk kita masih lagi bernyawa atau sudah kembali meghadapnya..Subhanallah..)

Saturday, May 14, 2011

Tidak lama lagi??

Bismillah...AsSalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..(= kaifhal?
apa khabar insan insani, muslimin wal muslimah?saudara/ri Islam ana ini?
moga sentiasa dalam limpahan berkah Ar Rahman..amin,..
Alhamdulillah..Dia hadiahkan sekali lagi nafas utk kita menikmati nikmat hidup dalam iman pada hari ini... :) 
 
Alhamdulillah! Sekian lama , akhirnya tergerak hati mahu mencoretkan sesuatu . Berkongsi sesuatu buat pembaca dan rakan blogger sekalian. 

sebenarnya, sudah lama hajat di hati ini mahu post entry tentang ini..tapi, kekangan masa tidak mengizinkan..ermm...entry kali ini ana hanya ini berkongsi cerita tentang apa yg ana lalui pada malam2 yang lalu...

malam itu...setelah selesai sahaja solat magrib, kebiasaannya kami sekeluarga akan berkumpul untuk mendengar kitab taqlim (fadhilat amal) yang dibaca oleh abah.. tapi pada malam itu..saudara ana yang lain masing2 tidak ada di rumah..jadinya yang ada pada masa itu, hanya ana, abah dan emak...

hadis demi hadis dibaca oleh abah kepada kami..menyebabkan ana berasa ghairah untuk melakukan ibadah apabila mengetahui fadhilat2 yang akan diperoleh dengan ibadah yang telah kita lakukan....

selesai sahaja membaca kitab taqlim, kami duduk berusrah...
tapi..suatu berkataan yang keluar dari mulut abah menyebabkan ana terdiam dan  terfikir seketika...ermm...kenapa abah kata begitu...apa maksud abah..bermacam2 persoalan yang timbul difikiran ana keika itu...(subhanallah) ...


setelah terdiam seketika , ana menyoalkan kembali kepada abah... "kenapa abah kata adik tak lama lagi??"....ketika itu ana berharap jawapan yang dapat menjawab segala persoalan ana tadi... jawab abah "ya la, maksud abah, adik tak lama lagi ja nak duduk dengan abah dan mak lepas ni adik dah jadi isteri orang" ...(Allah) t'kejut ana dengan jawapan abah...pantas ana membalas "abah ni..tetiba ja kata macam tu kenapa? bila pula adik kata nak kawen, calon pn xda,"...abah hanya tersenyum mendengar jawapan dari ana...senyuman itu menyebabkan ana  meraguinya...ana kembali menyoal dengan nada yang sayu "kenapa abah kata macam tu kat adik?? abah dah nak lepaskan adk ya??"...abah membalas "tak la..abah tengok adik macam nak abah lepaskan adik ja"....balas ana "abah ni..bila pula adik kata adik nak kawen..adik belum b'sedia lagi la"...kali ini..jawapan dari abah tidak menjawab soalan ana..kata abah " adik, kalau adik nak kawen, adik pilih lelaki yang beragama, yang paham dan amal..sekarang ramai lelaki yang ada ilmu tentapi tidak amal"...dan kali ini ana pula yang tersenyum  dengan jawapan abah dan tanpa disedari mengalir air mata di pipi ana..tersentuh dengan pesanan abah..

azan insyak mengakhiri perbualan kami...

malam itu ana berfikir kembali hal ini...kenapa abah kata begitu pada ana? betulkan tidak lama lagi ana akan menjadi isteri orang? bersediakan ana? (Ya Allah..masih banyak kekurangan diri ku ini..perlu mencari banyak ilmu sebelum melangkah ke alam yang asing bagi ku itu..jika benar kata2 abah  itu..maka, ku mohon Ya Allah, permudahkan lah hamba mu ini untuk menghadapi dan memikul tanggungjawab yang berat itu' AMIN)...solat sunat hajat mengakhiri malam itu...


*terima kasih kepada sahabat yang sudi membaca entry ana kali ini..kisah kali ini..hanyalah luahan hati ana untuk dikongsi bersama.. ^_^


Thursday, May 5, 2011

ZINA HATI


Bila rindu kembali menyapa,
Menceroboh datang mengganggu fikiran,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini hanya  melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini  membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini  membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Mu,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
Amin Ya Allah =.='

Thursday, April 28, 2011

MAHAR CINTA


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


Rasa best bait bait lagu ni.
Serasa kena dengan jiwa.

memang benar, angan tidak membenarkan yang indah itu jadi realiti.
kan?

bukan mudah membina impian di balik kata kata yang
menggambarkan perasaan.
perasaan cinta.

duh! cinta lagi ??
ta bosan keh ?

:: ni just na komen tuk lagu ni je.
tiada kaitan dengan keadaan sekarang.
:)

----

"Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji"


:: dapat ta faham ayat ni dengan baik?

bagiku, memang ia seperti sebuah janji.
masakan tidak ?

jika aku mengatakan cinta pada kedua emak abah,
apakah buktinya??
pastinya ada dari tindakan,
ada dari perlakuan.
bukan sebarangan kata kata yang diucap tidak bermakna.
sia sia.
kan??

begitu jua kata ini diluahkan pada insan asing,
yang kamu kira kamu menyayangi dan menyintainya kerana Allah.
apa buktinya??

sila silalah menjauhi selagi diri belum diijabi.

bimbang cinta itu mendekatkan kamu dengan murka Ilahi.
jika tidak diawasi dengan iman di hati.

----

"Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran"


:: ayat ni pula seolah olah menerangkan,
bahawa seharusnya rasa yang ada perlu dilindungi,
dari insan lain. jika perasaan itu hadir pada insan asing.
sekali lagi insan yang belum tentu diijabi.

bimbang jika diketahui boleh mengundang fitnah dan penyakit
hati. bimbang melekakan hati yang boleh mengusir iman.
untuk terus meletakkan Dia di tempat teratas. di carta tertinggi.
dalam pemikiran dan hati.

baik. itu sahaja na ulas.
sebab da mula malas nak panjang lebar.

oh ya,
cinta.
dari perkataan ini.
ada sebuah janji.
perasan ta?

janji yang mana, bukan sekadar kata dan rasa.
tapi menuntut lebih dari itu pada kita.

cinta bukan sahaja hanya kata dan rasa,
bahkan dari kata dan rasa yang ada,
menyuntik tingkah untuk mengotakannya dengan kebaikan.
yang disebar manfaatnya pada insan sekekliling.

=.=' haih~
bosan la..lagi lagi cinta.
macam takda topik lain en??

baik.
bukan mahu tekankan diri dan kamu yang baca.
bahawa cinta antara dua insani itu perlu gah di angkat d mata dunia.
tak.
tidak.
no way lah!

ada lagi cinta yang lebih penting.
tunaikan cinta anda.
cinta saya.
cinta kamu.
pada kedua orang tua.
selagi nafas masih bersisa.

dan, ini pun setelah cintaNya kita teroka.
hargai bersama.
dengan nikmat yang ada.
di tangan yang juga dipinjamkan olehNya.

sekian.
selamat beramal ! ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Wanita Hanya Ada Satu Cinta.. ^_^

1

 
2

 3

 4

 5

 6

 7

 8

 9

 10

11

Saturday, April 9, 2011

Kemaafan Bukan Di Tangan Manusia . . kan ?

Bismillahirrahmanirrahim..
AsSalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh...

Baik , kisah ini pernah kalian dengar barangkali.
Pernah baca barangkali.
Tapi diri ini mahu kita sesama refresh kembali.

Bahawa, kita perlu hati hati . Jangan cepat dan mudah mengata si fulan si fulan itu, ahli neraka. Sedang diri ? Sendiri tak mampu meyakini komfem Syurga Ilahi dipijak kaki.

If ditegur, menerima teguran. Berdoalah agar dapat berlapang dada, walau yang menghadiahkan nasihat
itu tindakan dan ilmunya lebih rendah/kurang dari kita, if luarannya tidak sewara' yang kita rasa ada pada diri kita.
so ? better just lihat pada teguran . butir teguran yang dihadiahkan. bukan pada empunya diri yang memberi teguran.

Manusia, masing masing melalui proses bina diri.  Eh anda rasa yang jahat kat luar tu takde keinginan nak jadi baik ke ?
[eh silap, siapa aku nak kata mereka jahat. yang judge tetap juga Dia. Tuhan ku dan kamu kamu]

Baik, meh dengaq cerita ni sat.. (:


Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis,


Rasulullah SAW: Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar: Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.
Rasulullah SAW: Ya Umar, bawalah dia masuk.

Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.


Rasulullah SAW: Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda: Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW: Apakah kamu telah mempersekutukan Allah?
Pemuda: Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda: Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Maka Allah SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda: Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW: Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda: Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW: Apakah dosamu lebih besar dari Arasy?
Pemuda: Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW: Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?
Pemuda: MaafNya lebih besar.
Rasulullah SAW: Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar keampunanNya. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda: Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda: Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah SWT dalam keadaan junub”.
Rasulullah SAW: Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!

Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika Eengkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”
Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail: Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW: Ialah Assalam dan daripadaNya salam dan kepadaNya segala keselamatan.
Jibrail: Allah SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW: Allah lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail: Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW: Allah lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Jibrail: Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW: Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail: Allah berfirman, maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah mengampunkannya.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.
Pintu taubat itu masih terbuka selagi nafas mash bersisa..

Akhir kalam, selamat beramal. Mohon maaf dari kata. eh silap lagi, dari taipan penaku yang menyakitkan. Barangkali.


http://