BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My photo
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, kecuali dengan pertolongan ALLAH

Thursday, April 28, 2011

MAHAR CINTA


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


Rasa best bait bait lagu ni.
Serasa kena dengan jiwa.

memang benar, angan tidak membenarkan yang indah itu jadi realiti.
kan?

bukan mudah membina impian di balik kata kata yang
menggambarkan perasaan.
perasaan cinta.

duh! cinta lagi ??
ta bosan keh ?

:: ni just na komen tuk lagu ni je.
tiada kaitan dengan keadaan sekarang.
:)

----

"Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji"


:: dapat ta faham ayat ni dengan baik?

bagiku, memang ia seperti sebuah janji.
masakan tidak ?

jika aku mengatakan cinta pada kedua emak abah,
apakah buktinya??
pastinya ada dari tindakan,
ada dari perlakuan.
bukan sebarangan kata kata yang diucap tidak bermakna.
sia sia.
kan??

begitu jua kata ini diluahkan pada insan asing,
yang kamu kira kamu menyayangi dan menyintainya kerana Allah.
apa buktinya??

sila silalah menjauhi selagi diri belum diijabi.

bimbang cinta itu mendekatkan kamu dengan murka Ilahi.
jika tidak diawasi dengan iman di hati.

----

"Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran"


:: ayat ni pula seolah olah menerangkan,
bahawa seharusnya rasa yang ada perlu dilindungi,
dari insan lain. jika perasaan itu hadir pada insan asing.
sekali lagi insan yang belum tentu diijabi.

bimbang jika diketahui boleh mengundang fitnah dan penyakit
hati. bimbang melekakan hati yang boleh mengusir iman.
untuk terus meletakkan Dia di tempat teratas. di carta tertinggi.
dalam pemikiran dan hati.

baik. itu sahaja na ulas.
sebab da mula malas nak panjang lebar.

oh ya,
cinta.
dari perkataan ini.
ada sebuah janji.
perasan ta?

janji yang mana, bukan sekadar kata dan rasa.
tapi menuntut lebih dari itu pada kita.

cinta bukan sahaja hanya kata dan rasa,
bahkan dari kata dan rasa yang ada,
menyuntik tingkah untuk mengotakannya dengan kebaikan.
yang disebar manfaatnya pada insan sekekliling.

=.=' haih~
bosan la..lagi lagi cinta.
macam takda topik lain en??

baik.
bukan mahu tekankan diri dan kamu yang baca.
bahawa cinta antara dua insani itu perlu gah di angkat d mata dunia.
tak.
tidak.
no way lah!

ada lagi cinta yang lebih penting.
tunaikan cinta anda.
cinta saya.
cinta kamu.
pada kedua orang tua.
selagi nafas masih bersisa.

dan, ini pun setelah cintaNya kita teroka.
hargai bersama.
dengan nikmat yang ada.
di tangan yang juga dipinjamkan olehNya.

sekian.
selamat beramal ! ^_^

0 comments:


http://