BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My photo
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, kecuali dengan pertolongan ALLAH

Friday, December 31, 2010

'SI MANJA' ღ(。◕‿◕。)ღ

Bismillah.
AsSalamualaikum.Khaifhal?
Semoga semua muslimin wal muslimat diluar sana akan terus
sentiasa dalam rahmatNya..InsyaAllah....dah lama ana x update blog ni...hermmm...kebetulan sekarang ni ana tengah fre dan dgn izin Allah, ana dpt ilham utk ana buat entry tentang 'si manja' ni..alhmdulillah..sebelum tu..ana rasa mesti sahabat semua sudah tahu apa yg ana mksdkn dgn 'si manja' ni kan??..ya2..betul3..binatng kesayangan Nabi Rasulullah SAW..

Sebenarnya ana ada terbaca suatu kisah tentang binatang kesayangn Rasulullah SAW ni..kisahnya lebih kurang macam ni lah..Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza... Suatu saat, ketika nabi hendak mengambil jubahnya, di lihatnya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya...oleh kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya... Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza sudah terjaga dari tidurnya dan terus meghampiri nabi sambil merunduk kepalanya di kaki nabi... Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucingnya itu...subhanallah..Nabi kita sangat sayangkn haiwan, terutamanya kucing..
hehe..comel kan 'si manja' ni..


Begitulah sahabat2ku semua haiwan yang diciptakan oleh Allah mempunyai kecomelan dan keunikan yang tersendiri. Manusia manakah yang mampu membuatnya? Dan adakah mereka terjadi dengan sendiri tanpa pembuat? Mana mungkin terjadi dengan sendiri jika sistem dalam tubuhnya teratur, warna2nya pelbagai dan teratur mengikut spesis, bentuk2nya juga teratur mengikut spesis dan pelbagai tanda lagi yang menunjukkan semua haiwan ini ada PENCIPTAnya, subhanAllah.
hehehe...tergantung pula

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari..Nabi SAW bersabda yang maksudnya :"Seorang wanita masuk neraka hanya kerana seekor kucing. Beliau mengikat dan mengurungnya dan tidak melepaskannya untuk mencari makanan untuk dimakan"...
Semoga kita tidak berlaku zalim dan kasar terhadap binatang kesayangan nabi ini...

Ana ada juga terbaca tentang hukum bulu kucing..menurut mazhab Syafi'i dan Hambali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badanya adalah najis...bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badanya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati...namun menurut Hanafi dan Maliki ia adalah suci...selain itu menurut hukum syarak..syarat sah mengerjakan solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembayng..oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka solat itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis..kecuali jika bulu yang najis itu sedikit...seperti sehelai atau dua helai..kerana ia dimaafkan..melaikan bulu anjing atau khinzir kerana ia tetap najis walaupun sedikit..
Sayang kamu... ^_^

Ana rasa setakat ni dahulu post ana kali ni..(kekurangan idea sudah...hehehe)..semoga post ana kali ini bermanfaat pada kita semua..InsyaAllah..

Wednesday, December 29, 2010

DALAM SUJUD CINTAKU

Monday, December 27, 2010

CINTA..??ღ(。◕‿◕。)ღ

















Jika kamu tak bisa melepaskan pandanganmu darinya itu bukan CINTA Tapi KAGUM

Jika kamu merasa betah berlama-lama dan berbagi cerita dengannya Itu bukan CINTA tapi KESEPIAN

Jika kamu bersedia mengorbankan segala hal demi menyenangkan dirinya itu bukan CINTA Tapi KEMURAHAN HATI Jika kamu menerima pernyataan cintanya hanya karena kamu tidak ingin menyakiti perasaanya itu bukan CINTA tapi KASIHAN

Jika kamu tidak bisa berhenti memegang dan merabanya itu bukan CINTA Tapi NAFSU

Jika kamu mengatakan kepadanya bahwa dialah satu-satunya hal di dunia ini yang kamu pikirkan Itu bukan CINTA Tapi GOMBAL

Jika Kamu tersenyum dikala ia bahagia dan menangis dikala ia terluka itu bukan CINTA Tapi EMPATI

cinta adalah bahasa sederhana seperti kata yang tak tersampai diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu

cinta adalah bahasa sederhana seperti isyarat yang tak sampai dikirimkan awan kepada angin yang menjadikannya hujan

CINTA adalah kematian atas egoisme dan egosentrisme menyakitkan kadang namun itulah harga yang pantas diberikan untuk sebuah CINTA

karena inti dari CINTA hakikat menCINTAi bukan merubah apa yang kita CINTAi menjadi seperti apa yang kita inginkan namun membiarkannya menjadi dirinya sendiri jika tidak kita hanya akan menemukan bayangan impian yang berusaha kita cocokkan dengan dirinya

CINTA itu sesuatu yang fitrawi Karena CINTA lah kita bisa menghirup segarnya udara dunia karena CINTA lah kita bisa menikmati indahnya pelangi namun bukan berarti Kita boleh menghalalkan segala sesuatu demi impian yang ingin kita raih demi pencapaian ambisi pribadi lantas mengatasnamakan cinta

Saudaraku Cintai lah Allah Cintailah dzat yang meminjamkan kita nafas kehidupan yang selalu dengan setia menunggu sapa cinta kita yang tak pernah berkurang kadar cintanya yang tak pernah letih mendengar keluh kesah Hambanya meski terkadang kita lupa megagungkan asma-Nya

Saudaraku jika ada segenggam CINTA yang kita miliki maka seyogyanya CINTA itu kita berikan kepada sang Kuasa Bukan menduakannya dengan mahluknya yang lemah Berikanlah sepenuhnya Cintamu kepada-Nya Dan biarkan yang Maha Adil membaginya dengan Bijaksana sandarkanlah selalu cintamu pada-Nya

Saturday, December 11, 2010

AYAH,TARIK TANGAN SAYA NI,KAKI SAYA TERLEKAT...(kisah benar)


Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

I September 1994.

Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ?
Serius aku tengok,”
saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar
dari kubur emak dia ?
”kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ?
Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak fahamlah,” jawab saya.

Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung,
”di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu
.Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ?
”saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...

Kata beliau,
memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit.
Mintak dengan bapa kamu,”
jawab ibunya, perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !”
si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung,
tapi belum pun habis kata-katanya,
si gadis memintas lagi,

katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.Di dalam bilik,
di balingnya bantal dan selimut ke dinding.

Dan Sementara diluar,
suasana sunyi sepi.Hampir sejam kemudian,
barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher ,
tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.
Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,
tapi tidak bersahut.Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada
bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya
nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur
untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat
mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat.
Ia seperti di paku ke tanah.Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.

Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !”
balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni.Kaki saya terlekat…
tak boleh nak naik,”
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu,
tetapi gagal.Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar,
juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !!

Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah danadik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,kaki si gadis tetap terpasak di tanah.Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa jadi macam ni ayah?”
kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…”
gadis itu menangis .Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak,maafkan ,
Saida bersalah, Saida menyesal…Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.

Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja,sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita buat dua-dua sekali,mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.Yang menyedihkan ,
ketika itu si gadis masih di dalam kubur.Bila talking di baca,
dia menangis dan meraung kesedihan.Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu,
orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,”
kata saya.Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan danberusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami danterlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh .Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja.Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan danberjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.Namun demikian dada saya berdebar kencang.Pertama ,risau, takut di halau keluar.Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.

Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.Malah memandang ke atas pun tidak.Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida .Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah.Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana.Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,pegawainya mahu saya berbuat demikian.Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap” Ampunkan saya emak,ampunkan saya saya, Ya Allah,lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,tapi seperti tadi, tidak berhasil.Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalamkepungan lengkap dengan senjata masing-masing.Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untukmembuat liputan tetapi tidak di benarkan .Mereka merayu bermacam-macam cara,namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam,akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.Saida masih begitu.Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makananmahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.Namun telah di sebutkan Allah,menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis.Saida kesejukan pula.Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.Namun dia tidak dapat tidur.Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.Begitulah yang berlaku keesokannya.Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi merekapuas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,barulah tubuhnya dapat di keluarkan.Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang.Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

p/s : Allahhuakhbar....setelah selesai membaca kisah ini, ana yakin bermacam-macam perasaan yg timbul dalam hati kita saat ini...takut, sedih, kesian, hermmm.....iktibar yg boleh kita ambik dri kisah ini ialah, jgnlh kita menderharkai kedua ibubapa kita..kerana mereka lah kita lahir di dunia ini..dan mereka lah yg menjaga kita dari kecil hingga lah kita dewasa...terlalu banyak pengorbanan yg telah mereka lakukan utk kita...sayangi, cintai dan hargailah mereka selagi mana mereka masih bernyawa...semoga kisah ini dapat kita jadikn iktibar dalam hidup didunia yang sementara ini dan sampikan kepada sahabat2 yang lain...kisah ni ana ambik dari http://www.facebook.com/photo.php?pid=661047&id=1812213681

Monday, November 29, 2010

ku damba keampunan-Amar

Thursday, September 9, 2010

Untukmu Akhawat Fillah

LUAHAN HATI SEORANG"SAHABAT"...PERKONGSIAN BERSAMA...^_^

Setelah aku sudah ketemu jalan mencari cinta yang suci, baru ku sedar berbagai dugaan dan cabaran yang mendatang. Sesungguhnya begitu mahal cinta-Mu Ya Allah. Kini aku lebihkan masaku untuk agama-Mu, aku sangat menjaga masa ku, kalau boleh ingin aku berikan semuanya ke jalan-Mu. Aku sudah mula bersyukur dengan nikmat hidup dalam agama-Mu. Tetapi aku juga mula rasakan, hatiku belum kuat dalam menempuh halangan dan dugaan dalam mencapai cinta-Mu Ya Allah.

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, ukhti. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang tidak lari dari dosa dan fitnah.

Suratmu bersama sejadah yang kau hadiahkan kepadaku pada waktu hari kelahiranku, sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

“Akhi, ana sering memperhatikan akhi dalam Facebook, program-program islamik dan ana tertarik dengan penulisan akhi di dalam blog. Ana tak tahu nak mula bagaimana. Ana berniat berta’aruf dengan akhi. Izinkan ana menjadi seperti Siti Khadijah yang mencari dan mendamba kasih seorang insan yang mampu membimbing diri menyelusuri jalanan menuju mardhotillah.”

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan akhawat kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladzim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan menambah beban. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan. Memang agak pelik bagiku, bagaimana mungkin cintamu itu mudah menerima insan yang belum kau ketemu, belum kau tahu akhlaknya. Tapi diriku merasa kagum dengan keberanian mu itu.

Ukhtifillah, Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengemban risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?

####

“Apa yang enta nampak pada diri ana? Adakah ana tak jaga pergaulan? ” tanyaku kepada syirazi, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

“Atau pakaian ana? Sikap ana?”

“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai beremosi.

“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”

“Termasuk diri ana?”

“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Ana cukup lama mengenali enta dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah.

Aku mengangguk. Syirazi menghela nafas panjang.

“Ana rasa akhawat itu perlu diberi peluang, jangan tolak mentah-mentah. Hal ini bukan perkara baru kan? Maksud ana dalam menilai akhawat di kampus-kampus.” Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing….

“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”, tanya Syirazi.

“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat ana dalam Facebook, waktu program, dalam blog dan ada lagi la. Enta tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika ana sedang memberi pengisian di dalam satu program luar! Masya Allah..”

“Ya.. di samping itu aktiviti ana juga dia tahu dengan terperinci.”

“Akhi…,” sanggahku, “enta percaya kan kalau ana keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?”

“InsyaAllah ana percaya. Tapi mungkin sebab tujuan untuk syar’ie itulah yang menarik ramai pandangan akhawat pada enta.”

Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk membimbing hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keredhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan sekadar wajahku, blogku dan percakapanku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?

####

Ukhtifillah, Maaf kalau ana menimbulkan kerisauan dalam hidupmu. Namun penulisanku, percakapanku semua bukan keinginanku untuk menarik minat akhawat pada diriku. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum hadir sosok puteri impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.

Ukhti, Tentunya antumna pernah mendengar hadis yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki. Dan ana rasakan wanita pun begitu, perlu memilih lelaki dari segi diennya.

Kalaulah ana yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ana mendapat syurga dunia. Tetapi ana tidak layak mendapat wanita ‘pakej lengkap’ seperti itu. Sekarang, apakah yang antumna inginkan? Lelaki soleh pembawa kedamaian atau yang hebat dari segi pandangan tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini ana terpaksa berburuk sangka bahawa antumna menilai ana cuma setakat fizik belaka. Bila masanya antumna tahu bahawa dien ana memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan ana? Tempoh di luar rumah yang tinggi? Penulisan ana yang selalu di pamerkan?

Tidak. Antumna tidak akan pernah tahu bila masanya ana berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya ana berbuat kerana riya’. Atau adakah antumna ingin mendapatkan suami lelaki yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Ana yakin sekiranya antumna diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antumna akan berubah.

Ukhtifillah, Tanyakan pada setiap ikhwan kalau antumna mampu. Yang tertampan sekalipun, maukah ia mencari isteri kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antumna bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antumna tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang wanita menikah dengan lelaki kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya.

Ukhtifillah, Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.
####

Malam semakin beranjak. Mengantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum selesai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila fikiranku mula tergaggu. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di katil.

Syirazi sedang diam dalam pandangannya. Wajahnya begitu syahdu. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya.

Kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka.

Aku tersenyum. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.

“Ana malu kepada Allah,” ujarku lirih.
“Ana malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?”

“Apa keinginan enta, Pasha?”
Aku menghela nafas panjang.

“Ana membaca satu buku pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membacanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama ana rasakan tiap kali mendengar nama Siti Khadijah, Sumayyah, Asma, Fatimah, Aisyah atau mujahidah-mujahidah saat nama mereka disebut. Ah, lelaki macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka?

Syirazi tertunduk dalam-dalam.

“Enta tahu,” sambungku lagi, “Ana ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda. Ana ingin sekiranya boleh menjadi seorang suami bagi mujahidah seperti atau seakan-akan mereka…”

“Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya”, kata Syirazi. Enta tak tahu berapa jumlah akhawat yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal itu tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak wanita yang mendampingiku adalah seorang mujahidah yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Ana tak menyalahkan mereka yang menginginkan suami yang tampan wajahnya, cantik tutur katanya. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?

“Akhi, masih tersisakah akhawat seperti yang kita impikan bersama?” desisku.

Syirazi merampas percakapanku. “Ana tidak tahu. Meskipun ana sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?”

“Enta tak tahu,” hatiku menangis tiba-tiba. “Enta tak tahu apa-apa tentang mereka.”

“Mereka?”

“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang ana hormati selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Enta tak tahu betapa hancur hati ana menyaksikan ikhwan yang tinggi ilmu agamanya takluk di bawah fitnah wanita seperti mereka”

“Akhi!”

“Sungguh, ana terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”

“Akhi, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada enta. Siapa yang tidak ingin punya suami hebat di medan pertempuran, hebat menyebarkan risalah-risalah Rasul dan hebat juga penulisannya?”. “Aku tersenyum, rasa macam sindiran pun ada”.

“Tiap kali ana keluar rumah, ada berpasang mata yang mengawasi dan siap menilai ana mulai dari hujung rambut hingga hujung kasut. Apakah dia fikir ana boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka..”

“Kita berharap agar ia bukan jenis akhawat seperti yang kita maksudkan.”

“Ia orang yang aktif berda’wah di kampus, akhi.” Kata Syirazi.

“Ya memang benar.”

“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan saudara-saudara Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia. Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti yang lain: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai isteri seperti Asma. Isteri seperti Aisyah. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin mencari pendamping seorang mujahidah ulung.

####

Ukhtifillah, Mungkin antumna tertawa membaca surat ini. Ah ikhwan, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahidah seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antumna ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antumna tidak ana layani. Ana tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang ana minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhai-Nya. Tahukah antumna bahawa tindakan antumna telah menyebabkan ana tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antumna bukakan untuk ana.–‘Afwan.

Ukhtifillah, Surat ini seolah menempatkan antumna sebagai tertuduh. ana sama sekali tidak bermaksud demikian. Jangan antumna kira kecantikan penulisanku, Facebook ku, percakapanku telah menjadikan ku merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini ana merasa iri pada saudara ana. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang ana punyai sangat jauh nilainya. Ana bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Puteri impiannya, sedangkan ana tidak.

Ukhtifillah, ‘Afwan kalau ana mematahkan hati antumna. Insya Allah ana akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan ana yang riya’ mahupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antumna untuk suami yang telah dipilihkan Allah. Ana hanya mampu berkata, jika antumna benar-benar mencintaiku kerana Allah, marilah kita serahkan kepada takdir. Jika Allah sudah menetukan kita bersama, maka kita tidah boleh lari darinya. Dan jika Allah telah mentakdirkan bahwa kita tidak semestinya bersama, kita harus menerima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas. Insya Allah antumna akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.

Ukhtifillah, Malam bertambah dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan ana, siapkan diri antumna menjadi mujahidah. Insya Allah, akan ada ratusan al-Banna dan Quthb yang akan menyambut uluran tangan antumna untuk berjihad bersama-sama.

Yang terakhir, ukhti, saudara seaqidahku, ana persembahkan bingkisan indah dari kata-kata Hamka. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.

"Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi."

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (9:111).


http://