BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My photo
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, kecuali dengan pertolongan ALLAH

Saturday, May 14, 2011

Tidak lama lagi??

Bismillah...AsSalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..(= kaifhal?
apa khabar insan insani, muslimin wal muslimah?saudara/ri Islam ana ini?
moga sentiasa dalam limpahan berkah Ar Rahman..amin,..
Alhamdulillah..Dia hadiahkan sekali lagi nafas utk kita menikmati nikmat hidup dalam iman pada hari ini... :) 
 
Alhamdulillah! Sekian lama , akhirnya tergerak hati mahu mencoretkan sesuatu . Berkongsi sesuatu buat pembaca dan rakan blogger sekalian. 

sebenarnya, sudah lama hajat di hati ini mahu post entry tentang ini..tapi, kekangan masa tidak mengizinkan..ermm...entry kali ini ana hanya ini berkongsi cerita tentang apa yg ana lalui pada malam2 yang lalu...

malam itu...setelah selesai sahaja solat magrib, kebiasaannya kami sekeluarga akan berkumpul untuk mendengar kitab taqlim (fadhilat amal) yang dibaca oleh abah.. tapi pada malam itu..saudara ana yang lain masing2 tidak ada di rumah..jadinya yang ada pada masa itu, hanya ana, abah dan emak...

hadis demi hadis dibaca oleh abah kepada kami..menyebabkan ana berasa ghairah untuk melakukan ibadah apabila mengetahui fadhilat2 yang akan diperoleh dengan ibadah yang telah kita lakukan....

selesai sahaja membaca kitab taqlim, kami duduk berusrah...
tapi..suatu berkataan yang keluar dari mulut abah menyebabkan ana terdiam dan  terfikir seketika...ermm...kenapa abah kata begitu...apa maksud abah..bermacam2 persoalan yang timbul difikiran ana keika itu...(subhanallah) ...


setelah terdiam seketika , ana menyoalkan kembali kepada abah... "kenapa abah kata adik tak lama lagi??"....ketika itu ana berharap jawapan yang dapat menjawab segala persoalan ana tadi... jawab abah "ya la, maksud abah, adik tak lama lagi ja nak duduk dengan abah dan mak lepas ni adik dah jadi isteri orang" ...(Allah) t'kejut ana dengan jawapan abah...pantas ana membalas "abah ni..tetiba ja kata macam tu kenapa? bila pula adik kata nak kawen, calon pn xda,"...abah hanya tersenyum mendengar jawapan dari ana...senyuman itu menyebabkan ana  meraguinya...ana kembali menyoal dengan nada yang sayu "kenapa abah kata macam tu kat adik?? abah dah nak lepaskan adk ya??"...abah membalas "tak la..abah tengok adik macam nak abah lepaskan adik ja"....balas ana "abah ni..bila pula adik kata adik nak kawen..adik belum b'sedia lagi la"...kali ini..jawapan dari abah tidak menjawab soalan ana..kata abah " adik, kalau adik nak kawen, adik pilih lelaki yang beragama, yang paham dan amal..sekarang ramai lelaki yang ada ilmu tentapi tidak amal"...dan kali ini ana pula yang tersenyum  dengan jawapan abah dan tanpa disedari mengalir air mata di pipi ana..tersentuh dengan pesanan abah..

azan insyak mengakhiri perbualan kami...

malam itu ana berfikir kembali hal ini...kenapa abah kata begitu pada ana? betulkan tidak lama lagi ana akan menjadi isteri orang? bersediakan ana? (Ya Allah..masih banyak kekurangan diri ku ini..perlu mencari banyak ilmu sebelum melangkah ke alam yang asing bagi ku itu..jika benar kata2 abah  itu..maka, ku mohon Ya Allah, permudahkan lah hamba mu ini untuk menghadapi dan memikul tanggungjawab yang berat itu' AMIN)...solat sunat hajat mengakhiri malam itu...


*terima kasih kepada sahabat yang sudi membaca entry ana kali ini..kisah kali ini..hanyalah luahan hati ana untuk dikongsi bersama.. ^_^


0 comments:


http://