BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My photo
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, kecuali dengan pertolongan ALLAH

Sunday, April 3, 2011

Untukmu, bakal Zaujku



Ana mulakan kalam ini kepada akhi dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan ana dan akhi, lelaki dan perempuan. Sebenarnya ana agak canggung untuk menulis tinta ini buat akhi. Ya, siapa pun akhi yang telah ditakdirkan Allah untuk diri ini, ana bersyukur seadanya, mengurniakan akhi pada ana di suatu masa yang telah Allah tetapkan.



Ana sedang menjaga hati ini hanya untuk akhi. Ana sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Ana juga berharap yang sama dari akhi. Maka, ana tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada mana2 muslimin lain. Ana juga tidak mungkin menyerahkan cinta yang masih tersimpan rapi melainkan hnya untuk akhi.

Bakal Zaujku ,



Ana cuma menginginkan akhi, sedang dalam persediaan. Ana tidak kisah siapa pun akhi, yang penting akhi belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar bila kita bersama nanti akhi boleh mendidik ana dan malaikat2 kecil kita dengan ilmu akhi ^_^. Ana tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana ana mementingkan ilmu sebagaimana ana sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.
Ana juga mahu akhi yang tidak ana kenali siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Ana idamkan, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Ana sangat menginginkan detik itu kerana sukar bagi ana untuk melakukannya sendirian. Dan ana sangat menantikan saat akhi mengimami solat ana nanti. 
Tolong tunaikan ya... =)



Ana pasti sangat kecewa andai tanggapan ana pada akhi tidak seperti yang di idamkan, pemakaian akhi, dan akhlak akhi. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, ana sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka dan yang menghabiskan duit dengan membunuh diri secara pelahan (merokok). untuk pengetahuan akhi,  Ana sedang menjaga aurat ana dari terlihat oleh mereka yang tidak berhak melihatnya, yang bukan halal bagi ana. Ana sangat dukacita andai akhi yang ana tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Ana tidak mahu akhi mudah berputus asa, kerana ana akan sentiasa mendoakan akhi, walaupun ana tidak mengenali siapa diri mu, agar sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga akhi bisa menjadi seperti Asadullah.



Maafkan ana, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya. AMIN

Bakal zaujku,



Ana sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Ana takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, ana takut andai ana terjerumus dalam semua itu. Ana juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, berbanding dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, ana pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar ana dapat berlindung kepadamu, tapi ana tahu akhi masih dalam proses membina diri, maka ana tidak mahu mengganggu fokus mu.


Yang paling penting, semoga akhi dapat menghormati kedua orang tua ana dan anggap mereka sebagai orang tua akhi juga. Kasihilah mereka dan ana minta agar ana dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawab ana akan beralih pada akhi suatu ketika.


Siapa pun diri akhi ana terima seadanya, cuma ana mohon semoga akhi punya iman dan agama untuk membimbing ana suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuran ana sepanjang hayat ana sebelum kita dipertemukan.
Akhir kata, semoga Allah melindungi akhi dan ana walau di mana kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya bisa kita perjuangkan. Ana berharap agar imanmu sentiasa sihat dan jaga lah pandangan mu -_- . Insyaallah, ana akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diri ana sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Nya pada masa yang telah tetapkan untuk kita. =) InsyaAllah

Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik.

0 comments:


http://