BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Me

My photo
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, kecuali dengan pertolongan ALLAH

Friday, February 25, 2011

HATI


Hati keraskan dindingmu..
Dari memahat nama-nama manusia...
Yang belum tentu memegang kuncinya...
Teguhkanlah dirimu menjauh..
Saat insan ajnabi mendekati...
Kukuhkan prinsip diri...
Dari pujuk dan rayu...
Tebalkanlah dengan haya'...
Kerana ia penyelamat dari godaan nafsu..
Yang membawa ke arah neraka Al-Jahim...



Tapi..
Lembutkanlah dirimu..
Pada yang memiliki..
Kerna Ilahi..
Selembut-lembutnya...
Sebaik-baiknya...
Terpelihara dari noda dan dosa...
Yang terbias dari niat yang menyimpang..
Agar kau bisa...
Menghias ia indah dengan kalimah-
kalimah Allah SWT..
Bahagialah engkau
jika insan memiliki meredhai...
Kerana 'dia'lah insan yang terletak syurga di telapak kakinya..
Insan yang mencipta keinginanmu untuk menjadi pasangan buatnya
Duniawi wa Ukhrawi =)



Saturday, February 19, 2011

SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN

 
SELALUNYA ALLAH akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah ALLAH. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan ALLAH.

  Ada dinding yang membataskan kita dengan ALLAH seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga ALLAH berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.

Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.

Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":

Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.

Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh lainnya.

Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa.

Di antara adab-adab berdoa ialah:

Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.

Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.

Berdoa dengan menghadap kiblat.

Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.

Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.

Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.

Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.

Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.

Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.

Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t. 
 

~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~

Thursday, January 27, 2011

Wahai Si Tulang Rusuk..



Indah menjadi muslimah,
buat diriku, dan kamu.
muslimah muslimah itu,
sekadar renungan dari saudari Islamku,
buat kalian..

Hayatilah peringatan ini bersama,..(=

siapa yang lebih dihormati?
=Wahai wanita tidak bertudung=

Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

***

pilih yang mane lagi 'manis'..!
=Wahai wanita yang bertudung=

Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

***

tutuplah untuk pelihara 'kecantikan' anda. (=

=Wahai wanita bertudung labuh=

Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi
,riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

 biar indah tertutup..namun tak mengundang fitnah.

=Wahai wanita yang bertaqwa=

Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

***

jom perbaiki diri menuju gelaran 'solehah' ini!
=Wahai muslimah solehah pula=

Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..Sahutlah seruan ini..

moga madrasah tarbiah yang bakal kubina seperti ini. ^.^

Tuesday, January 18, 2011

TOLONG BERITAHU SI DIA



Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakanibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku takut akan dosa melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong kejayaanku dlm urusan ilmu dan agama..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong ingatkan dia, hal cinta tak boleh bicara hingga ikatan halal sudah terlaksana..

Tolong ingatkan dia, aku dan dia hanya teman seagama yang hanya layak dilayan biasa..

Tolong ingatkan si dia, Allah melatih kita untuk mempercayai dan meyakini Qadha’ Qadar-Nya..

Tolong ingatkan si dia, yakinlah pada janji Allah dan berpegang-teguhlah pada janji manusia..

Tolong ingatkan si dia, supaya tak terus leka dengan perasaan, hingga menangguhkan perjuangan agamanya..

Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui siapa si dia..

Hanya Engkau Ya Allah, yang layak memberkati pengakhiran usaha..

Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui semuanya..

Hanya Engkau Ya Allah, yang mampu menguatkan hati yang penuh rasa..

Moga dia menjadi umpama seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi... perindu syahid abadi...

Monday, January 17, 2011

Usah didambakan isteri sehebat KHADIJAH
jika diri tidak semulia RASULLLAH SAW..
Tidak perlu isteri secantik BALQIS
andai diri tidak sehebat SULAIMAN
Usah mengharapkan suami setampan YUSUF
Jika kasih tidak setulus ZULAIKHA
Tidak perlu mencari suami seteguh IBRAHIM
Jika diri tidak sekuat HAJAR dan SARAH..
Usah bermimpi mendapat lelaki seperti ALI
Jika diri tidak sehebat FATIMAH


ATAU

Aku dambakan isteri sehebat KHADIJAH
Aku cuba mengikut akhlak semulia RASULULLAH SAW
JIka aku ingin isteri secantik BALQIS
Aku pelajari dan hayati kehebatan SULAIMAN
Jika aku mengharapkan suami setampan YUSUF
Kasih setulus ZULAIKHA aku usahakan
Aku mencari suami seteguh IBRAHIM
Lalu aku harus sekuat HAJAR dan SARAH
Aku bermimpi mendapat lelaki seperti ALI
Maka aku mengikuti hebatnya FATIMAH....



Friday, January 7, 2011

Usah Cemburu



Usah dicemburui diriku kerana penampilanku...

usah dicemburui daku kerana hartaku..

usah dicemburui diri ini kerana agamaku...

usah dicemburui akan aku kerana ilmu yang ada padaku...

Usah dicemburui kebahagianku...

usah dicemburui akan kejayaanku...

usahlah cemburu dengan apa yang ada padaku...

kerana itu semua bukan milikku....

melainkan adalah pinjaman daripada Yang Esa...

NAMUN....

Syukurilah apa yang ada padamu...

Usah engkau menghitung segala kesukaranmu

kerana itu bisa membuatmu sombong dimataNYA..

dah mengundang murka Allah SWT



Ingatlah akan janji Allah SWT...


Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadikanlah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (al-a'raf:144)


....sekiranya kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak dapat menghitungnya.... (ibrahim:34)


....Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun batin... (luqman:20)


Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan ?? (ar -rahman :13)

Wednesday, January 5, 2011

KISAH ZINNIRAH




Bismillah..
AsSalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..(= kaifhal?
apa khabar insan insani, muslimin wal muslimah?saudara/ri Islam ana ini?
moga sentiasa dalam limpahan berkah Ar Rahman..amin,..

Allahmdulillah...ana masih lagi diberi kudrat oleh Allah pada hari ini... :)
Sebenarnya ana baru pulang dari kolej ni.. Alhamdulillah hanya ada dua kelas sja hari ni... hehe
ermmm..sampainya ana di hostel..ana terlihat adk bilik ana sedang mendengar nasyid 'menanti di barzah'..ana suka sangat dengar lagu tu..lirik2nya membuat ana tersedar bahawa hidup di dunia ini hanya lah seketika cuma...'Ya Allah ampunkanlah segala dosa hamba2Mu ini' AMIN...
selepas itu lagu yang bertajuk 'Zinnirah' nyayian unic dimainkan pula...itu lah pertama kali ana mendegar lagu itu..sedap juga bila didengar berkali-kali...dan ketika kami  mendegar lagu itu..adk bilik ana meminta ana membuat entry berkaitan dengan kisah Zinnirah..terdetik dihati ana pada ketika itu,bahawa ana juga ingin tahu mengenai wanita ini..apakah yang membuatkan ada kisah mengenainya..hermm..apa ditunggu lagi, ana terus mencari maklumat mengenai zinnirah..
Alhamdulillah dengan maklumat yang ana peroleh, sekarang ana sudah mengenali wanita solehah ini..
 
Kisahnya begini...wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan.
Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. 
Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kaki tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.

Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....








http://